10 Cara Tingkatkan keyakinan diri pada Anak

Tingkat keyakinan diri pada Anak pemalu

Jika anak anda seorang yang pemalu, itu tanda anak mempunyai keyakinan diri yang rendah. Anak mungkin kurang yakin dengan penampilan dirinya, atau tidak yakin dalam membuat keputusan dan juga mungkin anak risau dilontarkan dengan kata negatif.

Menjadi pendengar dan sentiasa memberi galakan pada anak dapat membantu anak tingkatkan keyakinan yang ada dalam diri.

Tips yang akan kami kongsikan ini Ibu ayah dapat pratikkan setiap hari dalam memupuk keyakinan anak dengan cara yang betul.

Baca Juga : Bagaimana mendidik Kejujuran pada anak

Majalahpama juga ada berkongsi berkaitan Keyakinan Diri Pada Anak. Mesej yang sangat menarik disampaikan yang ditekankan adalah untuk mengajar anak mengambil risiko yang sememangnya ibu ayah yang terlalu protective (melindungi anak) tidak akan benarkan anaknya mengambil risiko. Baca lanjut artikel ini untuk ketahui lebih lanjut.

Juga jika Ibu ayah yang mempunyai anak pemalu yang sukar untuk berdepan orang ramai, di sini siraplimau ada berkongsi Cara ubah anak pemalu untuk jadi berani. Semoga tip ilmu dikongsi dapat sedikit sebanyak membantu.

Tingkat keyakinan diri pada Anak pemalu

10 Cara tingkat keyakinan diri anak

 

1. Jadi pendengar yang baik

Menjadi pendengar yang baik mampu memberi semangat pada anak dan sekaligus meningkatkan keyakinan diri anak.

Tidak susah untuk menjadi pendengar yang baik. Luangkan sedikit masa Ibu ayah, kadang masa anak perlukan untuk bercerita tidak lama.

Apabila anak ingin meluahkan sesuatu atau bercerita, berhentilah dan dengarlah apa yang anak ingin sampaikan.

Andai Ibu ayah tidak faham apa yang anak sampaikan boleh bertanya semula atau sekadar mengangguk kepala. Ini dapat membantu anak menaikkan keyakinan diri dalam bercerita. Tunjukkan yang kita menghargai pendapat anak dan menerima buah fikiran mereka. Mana tahu satu hari nanti anak akan mula berani memberi ucapan dan menjadi juara pidato sekolah. Ibu ayah mana yang tidak mahu?

2. Jangan membandingkan anak

Hargai setiap keunikan dan kelebihan yang ada pada anak.

Janganlah membandingkan anak dengan adik beradiknya yang lain atau dengan orang lain. Ini akan merendahkan harga diri dan rasa keyakinan diri pada anak.

Dengan menghargai keunikan diri, barulah anak akan mula belajar menghargai dirinya sendiri.

3. Beri perhatian & Kasih sayang

Setiap anak inginkan perhatian dan kasih sayang dari Ibu ayah.

Berilah perhatian pada anak setiap masa. Jangan terlalu sibuk dengan kerja sehingga anak terabai. Dengan memberi perhatian anak akan merasakan diri mereka berharga dan penting.

Berilah kasih sayang pada anak dengan menerima segala kekurangan, kelebihan, kebolehan mahupun kelemahannya.

Ucapkan kata sayang pada anak, cium dan peluklah mereka. Tunjukkan yang Ibu ayah menerima anak sepenuhnya dapat membantu meningkatkan rasa keyakinan diri anak.

4. Beri pujian & kata semangat

Tidak akan mungkin anak mampu melakukan sesuatu tanpa semangat dan dorongan Ibu ayah.

Keyakinan diri anak bermula dengan semangat dari orang sekelilingnya dan juga dari dirinya sendiri.

Ibu ayah perlu percayakan anak dan berilah kata semangat padanya. Puji segala kebaikan kelakuan anak lakukan, dan pada masa yang sama berilah nasihat baik dengan positif terhadap segala keburukan anak lakukan.

Jangan merendahkan anak kerana harga diri anak akan turun dan sekaligus menurunkan keyakinan anak.

5. Lakukan aktiviti bersama

Melakukan aktiviti bersama anak seperti riadah atau mengikuti program di luar seperti hari keluarga dapat mengeratkan hubungan antara anak.

Secara tidak lansung anak belajar untuk melakukan sesuatu dengan yakin apabila ditemani ahli keluarga berbanding seorang diri sudah pasti tidak akan ada yang mendorong.

Justeru perbanyakkan aktiviti bersama anak. Ingat kualiti masa itu lebih penting, bukannya hanya sekadar meluangkan masa tapi tiada kualiti. Lakukan aktiviti bersama yang disukai anak tanpa memaksa anak.

6. Ajar anak bertanggungjawab

Bertanggungjawab di sini bukan bermaksud meletakkan beban pada kesalahan anak lakukan. Tetapi memberi kepercayaan pada anak untuk melakukan sesuatu tanpa bantuan siapapun, Bertanggungjawab adalah ciri seorang pemimpin, seorang khilafah.

Dengan mengajar anak bertanggungjawab dengan barang atau perkara yang anak lakukan sendiri, tanpa mengharap atau menyalahkan orang lain, hal ini dapat sekaligus meningkatkan keyakinan anak dalam membuat keputusan.

7. Ajar anak uruskan risiko mencuba benda baru

Berikan anak untuk melakukan perkara baru yang ingin dicubanya seperti melawat tempat baru, melakukan hobi baru atau perkara yang sekecil atau sebesar manapun, beri anak untuk mencubanya.

Walaupun kemungkinan gagal itu ada, tanpa mengambil risiko, peluang berjaya itu pasti tidak akan tercapai.

Beri masa anak untuk bereksperimen dengan penemuan baru, dan untuk anak belajar benda baru. Dengan cara ini anak akan bertambah yakin dengan kebolehan dan keinginan mereka, walau susah mana jika usaha tetap akan berjaya.

Risiko adalah punca dan penyebab utama penghalang keyakinan anak.

Apabila anak ingin meneroka perkara baru, dan melakukan kesalahan atau kegagalan, berilah semangat dengan kata yang positif.

Ajar anak untuk mengambil risiko dan pada masa yang sama ajar anak untuk mengurus risiko. Ini dapat meningkatkan keyakinan diri anak untuk mengurus risiko dengan lebih baik di masa hadapan.

Jadi didiklah anak untuk mengambil risiko, dan pada masa yang sama pantau tahap risiko yang anak ambil agar tidak melampaui batas.

Carilah alternatif lain jika apa yang anak ingin lakukan terlalu berisiko. Jangan tamatkan sifat ingin tahu anak mencuba benda baru, hanya kerana risiko, kelak keyakinan diri anak dikorbankan.

8. Maafkan kesilapan terjadi

Kesalahan anak itu adalah proses untuk anak belajar. Usah ditekan atau diungkit kesalahan anak apatah lagi melabel anak dengan kata negatif akan menghilangkan kejujuran anak dan pada masa yang sama menghilangkan keyakinan anak.

Berilah kata positif pada kesalahan anak lakukan dan nasihatilah dengan dorongan yang lemah lembut dan baik.

Maafkan kesilapan anak yang telah berlalu, semoga kesalahan itu menjadi pengajaran buat anak untuk membina keyakinan diri.

Harga diri anak tidak akan jatuh jika Ibu ayah dapat berikan kata yang positif pada anak.

Teguran yang berkesan dan berasas sangat penting untuk mengajar anak untuk berfikir dan membetulkan kesalahan anak sekaligus dapat membantu meningkatkan harga diri mereka.

Jangan lontarkan kata negatif pada anak kelak akan melemahkan semangat serta keyakinan dalam diri anak.

9. Kurangkan kata negatif, banyakkan positif

Banyakkan memberi kata semangat dan pujian pada anak.

Jika anak melakukan kesalahan, ajar anak cara untuk betulkan kesalahan mereka dan ajar meminta maaf sebagai rasa bertanggungjawab.

 

10. Berikan rasa empati pada anak

Tunjukkan yang Ibu ayah merasakan apa yang anak rasakan. Terima pendapat anak dengan hati yang terbuka dan berkongsi luahan anak dapat memberi suasana ikatan dengan anak.

Apabila anak kecewa dan merasa lemah dengan kekurangan dirinya, pesanlah pada anak yang setiap orang ada kelemahan dan kelebihan masing-masing.

Beri semangat pada anak untuk baiki kelemahan anak, dan bantulah anak untuk belajar menggunakan kelebihan pada dirinya.

Anak akan yakin yang setiap kelemahan dapat diatasi dengan usaha keras dan setiap kelebihan dapat dimanfaatkan sekaligus mendorong keyakinan anak lebih tinggi.

 

Pautan link : Facebook

 

Tinggalkan komen anda

×