10 cara tingkatkan potensi otak anak

10 cara tingkatkan potensi otak anak

Otak anak memainkan peranan penting dalam mengenal rasa, bau, sentuhan, penglihatan, dan juga koordinasi keseimbangan badan anak.

Anak yang membesar hidupnya sentiasa mengenal dan mempelajari benda baru dan memerlukan daya berfikir yang baik. Oleh itu ransangan awal otak anak melalui latihan fisikal perlu diberikan untuk badan anak membiasakan diri dengan persekitarannnya.

Anak yang membesar sihat bukan saja sihat pada tubuh badannya sahaja tapi juga sihat pada akal minda. Ramai ibu ayah lupa akan perkembangan otak anak. Membiarkan mereka berada di rumah menonton TV malah memberi main gajet akan mematikan potensi otak anak.

Tips kali ini yang akan dikongsikan menekankan cara untuk mengembangkan potensi otak anak. Setiap anak mempunyai otak yang sama namun setiapnya membesar dengan cara berbeza dan persekitaran yang ibu ayah berikan akan menentukan sejauh mana potensi otak anak berkembang.

10 cara tingkatkan potensi otak anak

 

Berikut kami senaraikan 10 cara tingkatkan potensi otak anak. Semoga tips ini sedikit sebanyak dapat membantu.

10 cara tingkatkan potensi otak anak

 

1. Bawa anak melakukan aktiviti luar

Otak anak memerlukan ransangan dari persekitaran untuk membantu anak belajar. Semua sensori akan dapat diransangkan secara optimum dengan aktiviti bermain anak. Ini sangat baik untuk perkembangan otak anak.

Aktiviti luar sangat membantu otak mengenal persekitaran dan tubuh badan anak dengan lebih baik.

Bawalah anak ke taman permainan. Aktiviti anak memanjat, berlari dan melompat akan membantu otak anak mengenal pergerakan dan keseimbangan badan. Ia juga membantu otak anak untuk menjadi lebih aktif dan cergas.

Bermain di luar juga bukan saja membantu perkembangan otak tapi juga membantu emosi anak serta membantu menguatkan otot-otot badan. Bagus bukan?

2. Beri anak peluang untuk membuat keputusan sendiri

Daya berfikir anak tidak terhad pada pembelajaran di sekolah atau belajar benda baru. Membuat keputusan juga memerlukan daya berfikir yang baik dan tajam.

Beri peluang untuk anak membuat keputusan sendiri. Biarkan anak berfikir dahulu, dan kemudian jika anak tidak mampu tentukan keputusan barulah Ibu ayah bantu.

Ibu ayah juga boleh membantu anak berfikir dalam membuat keputusan dengan memberi pendapat dan dorongan. Ini akan membantu anak menggunakan dan membezakan pendapat dan idea untuk memilih keputusan yang terbaik sekaligus akan memberi impak positif pada potensi otak anak.

3. Beri anak pengalaman latihan hands-on

Latihan hands-on dapat meransangkan sensori anak dengan lebih berkesan kerana aktiviti ini melibatkan pengalaman sentuhan, memegang, merasa dan menghidu.

Mulakan latihan hands-on anak dengan menjelaskan cara dan apa yang akan dilakukan. Latihan seperti mengenal alat atau bentuk buah atau rasa/bau makanan di rumah adalah salah satu contoh latihan hands-on.

Bawa anak bantu Ibu  memasak di dapur, atau juga boleh bawa anak bantu ayah di kebun/taman rumah menanam pokok adalah contoh yang sangat baik. Ini akan membantu otak anak mengenal bentuk, rasa, sentuhan dan bau dengan lebih baik.

Terdapat juga permainan yang mampu meransang otak anak yang Ibu ayah boleh pilih banyak di pasaran seperti blocks susun bentuk bongkah dan kenal bunyi dan bentuk haiwan.

4. Kawal masa anak menonton TV dan bermain gajet

Masa kanak-kanak adalah masa perkembangan otak anak berkembang dengan cepat. Sangatlah rugi jika dibiarkan anak seusia bawah 7 tahun bermain gajet atau menonton TV berlebihan yang tidak memberi manfaat.

Otak anak perlukan ransangan yang baik agar tidak menjadi lembab dan mampu berfikir dengan baik. Penggunaan gajet secara berlebihan akan menyebabkan otak anak tidak berkembang dan akhirnya anak menjadi malas berfikir dan malas bekerja.

Gajet mempunyai banyak manfaat untuk menghilangkan bosan dan menenangkan minda selain fungsi untuk berkomunikasi dan mudahkan kerja. Namun bagi anak gajet amat bahaya jika tidak dikawal dan dipantau penggunaannya, malah gajet bahaya pada mata anak jika tidak digunakan dengan cara betul.

5. Galakkan anak untuk bermain

Anak banyak bermain tidak semestinya anak akan menghadapi masalah dalam pelajaran. Jangan lihat pembelajaran anak dari segi akademik pendidikan formal semata-mata.

Banyak lagi pembelajaran di luar kelas yang anak perlu belajar dan salah satunya ialah melalui bermain.

Benarkan anak bermain dan bergaul dengan rakan. Jangan terlalu kokong anak dengan akademik sedangkan waktu usia kecil ini anak perlu banyak bermain untuk meransang sensori badan dan membantu perkembangan otak dengan lebih baik.

Maka tidak hairanlah jika ada anak yang tidak cemerlang dalam akademik kerana tidak digalakkan mereka untuk libat dengan aktiviti luar yang bagi kita mungkin membazir masa sebenarnya tidak.

Otak anak memerlukan ransangan untuk berfungsi optimum dan semua ini dapat diperolehi melalui aktviti luar dan bermain.

6. Sediakan persekitaran yang baik untuk anak berkreatif

Kreativiti anak boleh diperolehi dengan bermain di luar, namun ada ketika  mereka tidak dapat keluar rumah, menjadi tanggungjawab Ibu ayah menyediakan tempat sudut kreatif buat anak.

Sediakan persekitaran yang kondusif untuk anak berkreatif di rumah.

Salah satu contoh sudut kreatif yang Ibu ayah boleh sediakan adalah sudut bacaan, sudut kraf, sudut permainan sensori yang meransang sensori/minda dan juga sediakan alat untuk anak melakukan projek diy rekacipta yang mudah di rumah.

Contoh projek diy boleh sediakan kotak untuk mencipta kapal terbang, atau topeng kertas juga baju dari kertas yang menyeronokkan.

7. Menjawab semua soalan ditanya anak dengan baik

Tanda tanya anak itu sangat banyak yang kadang Ibu ayah akan dipenuhi dengan soalan anak yang berulang kali.

Jawablah semua soalan anak yang ditanya kerana ini akan memberi ransangan pada otak anak untuk berfikir (dan mungkin akan bertambah lagi soalan baru.. haha..).

Jika Ibu ayah penat untuk menjawab soalan, katakan pada anak “nanti mama papa fikir dulu“.

Jangan sesekali menjawab dengan kata “tidak tahu” atau “tidak perlu fikir“. Ini akan sekaligus mematikan daya berfikir anak dan potensi otak anak untuk berkembang dengan lebih jauh.

8. Lakukan aktiviti bersama anak

Meluangkan sedikit waktu bersama anak melakukan aktiviti di rumah mahupun luar mampu memupuk emosi yang baik dalam keluarga.

Apabila anak selesa dengan persekitaran dan luangkan aktiviti bersama dapat menghilangkan tekanan anak dan meningkatkan kepercayaan diri.

Ini sangat penting kerana emosi memainkan peranan penting pada akal untuk berfikir sekaligus akan memberi kesan pada potensi otak anak. Oleh itu, jaga emosi anak dengan meluangkan masa bersamanya.

9. Ransang sifat ingin tahu anak dengan baik

Benarkan anak untuk mencuba benda baru atau meneroka ilmu baru seperti hobi baru atau apa saja yang anak ingin tahu atau belajar yang menarik minatnya.

10. Elakkan makanan kurang sihat diambil anak

Otak dan badan yang sihat datang dari makanan yang kita makan. Kurangkan “junk food” dalam diet anak  seperti yang biasa dijual ialah jajan, keropok, gula putih, makanan segera, gula-gula dan sebagainya kerana ia mengandungi kandungan gula dan garam yang terlalu tinggi.

Gula berlebihan akan menyebabkan badan cepat lapar dan menyebabkan otak malas berfikir. Malah gula berlebihan juga akan menyebabkan rosak gigi anak jika anak malas gosok gigi.

Garam berlebihan pula akan menyebabkan badan dahaga dan kekurangan air. Ini sangat memberi kesan pada otak anak kerana badan akan lesu jika kekurangan air dan akhirnya mematikan daya berfikir anak.

Oleh itu kurangkan gula “jahat” dan “junk food” dalam diet anak. Boleh diambil tapi hendaklah dikawal agar tidak berlebihan akan memberi kesan buruk pada badan dan sekaligus pada potensi otak anak untuk berfikir. Kesan gula dan garam juga perlu dikurangkan ketika anak berpuasa.

Kesimpulan

Otak memainkan peranan penting dalam keseimbangan badan. Otak juga penting dalam fungsi kognitif anak iaitu cara anak untuk belajar dan memahami benda baru.

Kognitif adalah satu proses atau cara otak untuk memahami, mengenal, menafsir serta mempelajari sesuatu benda baru. Dengan mempunyai kemahiran kognitif yang baik, seorang pelajar berkeperluan khas mampu dilatih untuk mempelajari dan menjadi seperti pelajar normal. Kami di Pusat Terapi kanak-kanak Thera Quest juga amat menitik beratkan fungsi kognitif anak untuk membantu anak membiasakan diri dengan persekitaran.

Untuk bacaan lanjut berkaitan apa itu kognitif anak, di sini ada diterangkan definisi kognitif lebih mendalam Kemahiran Kognitif dan hubungkait dengan perkembangan otak anak.

 

Pautan link : Facebook

 



Tinggalkan komen anda

×