Bagaimana mendidik Kejujuran pada anak?

Mendidik anak adalah perkara yang amat sukar dilakukan jika tidak mengikut kaedah atau cara yang betul. Terdapat pelbagai cara Ibu Ayah dapat gunakan untuk memupuk kejujuran pada anak seperti memberi kata semangat, penghargaan serta pujian setelah anak berkata benar.

Berikut kami kongsikan tips mendidik kejujuran anak yang dikongsikan dari theasianparent. Semoga tips dikongsi ini dapat membantu anda.

Cara mendidik kejujuran pada anak:

  1. Hindari melabeli anak dengan kata negatif
  2. Lakukan komunikasi terbuka
  3. Menjadi contoh teladan atau role model
  4. Mendongeng dengan kisah teladan
  5. Hargai kejujurannya

1. Hindari melabeli anak dengan kata negatif

Apabila anak takut berkata benar, cuba dorong dengan kata-kata yang lembut berbanding terus menyebut “pembohong”.

Gunakanlah kata yang positif seperti memuji anak “terima kasih, ibu suka ___ [nama anak] berani berkata jujur” dan banyak lagi kata dorongan yang baik yang anda boleh pilih. Kami ada senaraikan di bawah cara pujian yang betul, teruskan membaca.

Perkataan pembohong atau kata negatif yang dilontarkan akan menambahkan rasa takut pada anak untuk meluahkan perkara yang benar kerana takut dipanggil pembohong. Anak akan mula merasakan harga dirinya semakin turun dan lebih bahaya jika anak mula hilang kepercayaan pada ibu ayah.

Anak akan mula mendiamkan diri dan tidak mahu berkomunikasi kerana rasa takut ini, malah terus membuat perangai atau tantrum kerana tidak ada yang sudi mendengar luahan hati anak terhadap perkara sebenarnya yang berlaku.

Ibu ayah yang baik adalah pendengar yang baik dan tidak akan terus melabel atau menuduh anak tanpa berkomunikasi terlebih dahulu.

Oleh itu, mulakan dengan dorongan yang lembut dan cuba menjadi pendengar yang baik untuk mendidik kejujuran pada diri anak. Jangan sesekali melabel atau menuduh anak dengan perkataan negatif kerana ini akan menyebabkan kepercayaan dan harga dirinya semakin turun dan akan memberi kesan pada kejujuran anak di kemudian hari.

Ibu ayah yang baik adalah pendengar yang baik dan tidak akan terus melabel atau menuduh anak tanpa berkomunikasi terlebih dahulu.

2. Lakukan komunikasi terbuka

Kebiasaannya kejujuran anak dapat berkembang dengan baik melalui perbincangan 2 arah atau komunikasi 2 hala.

Komunikasi 2 hala adalah apabila dua orang terlibat dan saling bertukar maklumat atau pendapat dan masing-masing bersedia untuk mendengar dan bercerita dengan hati terbuka.

Ibu ayah perlulah menjadi pendengar yang aktif dan pada masa yang sama wujudkan suasana perbincangan iaitu saling bertukar pendapat. Mendengarlah dengan hati terbuka akan dapat membantu mendidik kejujuran pada anak anda.

3. Menjadi contoh teladan atau role model

Perkara yang sangat penting Ibu ayah perlu lakukan adalah menunjukkan teladan yang baik pada anak. Ajarkan erti kejujuran pada anak dengan berkata benar dalam kehidupan seharian ibu ayah.

Adalah lebih baik untuk berkata secara lansung daripada berbelit mencari alasan.

Lebih baik berterus terang daripada menjawab dengan “white-lies” atau tipu untuk mengelakkan diri atau menyedapkan hati orang. Dalam masyarakat kita, “White-lies” juga sangat dikenali dengan panggilan “tipu sunat”.

Adalah lebih baik untuk berkata secara lansung daripada berbelit mencari alasan.

4. Mendongeng dengan kisah teladan

Cara penyampaian yang paling berkesan pada anak adalah melalui penceritaan atau kisah teladan. Tidak perlu banyak, cukup untuk tekankan apa itu kejujuran pada anak.

Tujuan perceritaan adalah untuk meringankan penerimaan anak berbanding terus mengarah secara terus untuk berlaku jujur sudah tentu akan berat untuk anak menerimanya. Anak juga akan mula cepat rasa jemu dan bosan dengan teguran ibu ayah.

Ibu ayah harus pandai memilih masa untuk bercerita pada anak. Ceritalah kisah yang ringkas yang banyak kita boleh ambil dari kisah-kisah dongeng atau para sahabat Rasulullah SAW. Jika agak tiada masa bercerita, sediakan di meja atau rak buku kisah teladan untuk bacaan anak.

5. Hargai kejujurannya

Pujian dan penghargaan adalah perkara yang anak malah setiap manusia inginkannya. Berikan pujian dan penghargaan pada anak kerana berkata jujur.

Pujian akan memberi semangat dan membantu menjadikan apa yang dipuji menjadi rutin kerana anak berasa dirinya melakukan perkara yang betul untuk jujur.

Ucaplah dengan kata:

  • “Terima kasih sebab jujur” (kata penghargaan)
  • “Ibu ayah suka _____ [sebut nama anak] jujur. Anak ibu ayah hebat kerana berani. Tidak semua mampu berkata jujur seperti _____ [sebut nama anak]. ” (kata pujian)
  • “Lain kali jangan takut, ya” (kata sokongan)

Lakukan setiap hari dan setiap kali anak melakukan perkara yang benar dan jujur, pujilah dengan kata-kata semangat, penghargaan, dan diakhiri dengan pujian. Dengan cara ini akan memupuk kejujuran yang ada pada diri anak anda dengan lebih berkesan tanpa perlu dipaksa.

Kesimpulan:

Menjadi pendengar yang baik dan penyampai yang baik amat penting dalam mendidik kejujuran anak. Mulai hari ini mula belajar tips yang kami kongsikan semoga anak anda akan lebih berani untuk berlaku jujur.

Tunjukkan contoh teladan yang baik pada anak dan jangan melabel anak dengan kata-kata negatif.

Lakukanlah komunikasi terbuka bersama anak dengan kaedah komunikasi 2 hala serta hargailah kejujurannya dengan memberi kata pujian, semangat, dan penghargaan.

Semoga tips dikongsi dapat membantu Ibu Ayah di luar sana !! Jadilah pendengar yang baik 🙂

Pautan Link: Facebook

 

One thought on “Bagaimana mendidik Kejujuran pada anak?

Tinggalkan komen anda

×