Gadjet atau mudah dikenali dengan telefon paparan skrin pintar yang mempunyai pelbagai fungsi seperti alat berkomunikasi, pengurusan diri, dan juga untuk hiburan. Semua ini dipaparkan pada paparan skrin gadjet yang jika terlalu lama terdedah akan memberi kesan buruk pada mata penglihatan anak, malah juga akan membawa kepada masalah lebih buruk pada anak jika tidak dikawal.

Antara Kesan Buruk Gadjet pada anak:

  1. Anak kurang aktiviti riadah: otot badan anak lemah
  2. Anak kurang bergaul dengan keluarga dan rakan (masalah sosial)
  3. Memupuk rasa malas anak (masalah habit kelakuan)
  4. Memberi kesan buruk pada penglihatan mata anak (masalah kesihatan)
  5. Menjadikan anak kurang/susah tidur

Artikel kali ini yang akan dikongsikan hanya fokus pada kesan buruk gadjet pada mata anak. Untuk artikel berkaitan yang lain akan kami kongsikan nanti.

Berikut adalah kesan gadjet pada penglihatan anak yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mengupas isu ketagihan gadjet dan bahaya gadjet pada mata anak jika terdedah terlalu lama.

Juga untuk bacaan lebih mendalam The Malaysian Medical Gazzete juga ada menceritakan secara saintifik kajian mendalam Kesan Penggunaan Gajet ke atas Mata Kanak-kanak. Semoga info dikongsikan sedikit sebanyak membantu.

Kesan penggunaan gajet pada mata anak

  1. Penglihatan anak kabur
  2. Mata anak menjadi kering
  3. Peningkatan myopia (rabun jauh) pada anak
  4. Kesan cahaya biru pada mata anak

 

1. Penglihatan anak Kabur

Melihat terlalu lama pada paparan skrin gadjet akan menyebabkan mata letih apatah lagi jika anak kebiasaannya melihat dan memegang gadjet dengan jarak yang terlalu dekat. Otot mata anak akan mula tegang untuk mendapatkan fokus yang baik untuk melihat.

Jika jarak terlalu dekat dan jika terlalu lama akan menyebabkan keletihan yang amat teruk pada otot mata dan akhirnya otot mata rosak dan akan menyebabkan rabun mata pada anak anda.

Bola mata anak masih belum membesar sempurna tapi sudah dipaksa bekerja keras melihat fokus skrin gadjet. Ini amat merisaukan untuk jangka panjang jika tidak dikawal mata anak mungkin akan rabun

Kebiasaannya anak yang rabun adalah berpunca dari genetik ibu ayah, namun di zaman moden ini faktor paling ketara adalah berpunca dari penggunaan gadjet anak yang terlalu kerap. Maka tidak hairan jika hari ini banyak anak yang walau usia masih tadika sudah mula memakai cermin mata.

Namun tidak semua anak begitu, kadang mungkin faktor kesihatan atau genetik pada bola mata yang menyebabkan rabun mata. Sebaiknya kita cuba elak selagi boleh kerana bola mata anak masih belum membesar sempurna tapi sudah dipaksa bekerja keras melihat fokus skrin gadjet.

Penurunan tahap penglihatan yang teruk akan mengakibatkan sakit kepala dan penglihatan berganda pada mata anak. Mencegah itu lebih baik dari merawati, berikut disenaraikan cara Ibu ayah dapat lakukan pada anak.

Bagaimana cara elak penglihatan kabur anak:

  1. Ajar anak jarakkan paparan skrin gadjet agar tidak terlalu dekat. Begitu juga perlu ajar anak agar ada jarak jauh melihat televisyen TV. Jelaskan kenapa paparan skrin mempunyai bintik halus (pixel) yang mata anak terpaksa fokus jika terlalu dekat akan meletihkan dan merosakkan otot mata anak.
  2. Ajar anak untuk berehat, setelah menggunakan gadjet terlalu lama. Rehat mata pejam 1 minit, atau boleh juga lihat pada objek jauh (selama 20 saat setiap 20 minit) seperti luar tingkap untuk bebaskan stress fokus bola mata kerana penglihatan dekat gadjet. Lihat jarak jauh sekitar 20 kaki jauh selama 20 saat setiap 20 minit menggunakan formula rehat mata 20-20-20.
  3. Banyakkan aktiviti riadah luar dan tidak hanya gadjet. Minta anak lakukan kerja di rumah atau aktiviti lain dapat kurangkan masa anak dengan gadjet tapi jangan terus putuskan lansung pengunaan gadjet anak ada baik ada buruknya.

Kebiasaannya anak yang rabun adalah berpunca dari genetik ibu ayah, namun di zaman moden ini faktor paling ketara adalah berpunca dari penggunaan gadjet anak yang terlalu kerap.

 

2. Mata anak menjadi Kering

Apabila mata anak terlalu fokus, kadar kelipan mata akan menurun. Dari kadar kelipan normal 15 kelipan seminit akhirnya akan turun sehingga ke 5 kelipan seminit.

Hal ini akan mendedahkan mata terlalu lama pada udara yang akan menyebabkan air pada permukaan bola mata mengering dan kering.

Biasa tidak Ibu ayah lihat anak menggosok mata? Itulah kesan mata kering dan menjadikannya gatal kerana terlalu lama melihat paparan skrin dan akibat fokus yang terlalu lama.

Salah satu lagi punca adalah kebiasaan anak yang melihat TV terlalu rapat dengan skrin TV akan mendongak kepala dan membuka matanya lagi besar. Semakin besar mata anak buka akan meningkatkan kadar kekeringan bola mata anak semakin kering dengan cepat.

Oleh itu anak jangan terlalu rapat dengan skrin. Jika terlalu rapat kadar kelipan mata anak akan menurun kerana mencuba untuk fokus matanya juga akan membuka besar. Ini akan menyebabkan kadar kekeringan mata akan meningkat dan akhirnya merosakkan mata anak.

Anak kerap menggosok mata menandakan mata kering. Nasihatkan pada anak untuk berhenti rehat sejenak dari bermain gadjet untuk elakkan kerosakan pada mata anak berterusan.

Kebiasaan anak yang melihat TV terlalu rapat dengan skrin TV akan mendongak kepala dan membuka matanya lagi besar. Semakin besar mata anak buka akan meningkatkan kadar kekeringan bola mata anak semakin kering dengan cepat.

3. Peningkatan rabun jauh (myopia) pada anak

Sebagaimana proses di atas yang telah diceritakan berlaku, bola mata anak akan cuba menyesuaikan diri dengan memanjangkan bola mata untuk membiasakan fokus jarak dekat anak.

Hal ini akan menyebabkan regangan bola mata yang akhirnya menyebabkan rabun jauh pada mata anak kerana cahaya tidak sampai ke titik retina dalaman mata anak yang akhirnya cermin mata perlu digunakan.

Rabun jauh berpunca dari penglihatan dekat anak yang terlalu rapat pada gadjet. Kedudukan anak seperti baring atau meniarap adalah punca tangannya rapat pada mata. Nasihat pada anak untuk duduk dengan betul dan jarakkan penglihatan.

4. Kesan cahaya biru pada mata anak

Cahaya biru yang dikeluarkan oleh gadjet dapat merosakkan retina saraf mata anak jika didedahkan terlalu lama.

Cahaya biru ini akan mengubah dan merosakkan sel saraf mata (retina) yang berperanan untuk menangkap cahaya dan akhirnya akan memberi masalah penglihatan pada mata anak.

Terdapat banyak aplikasi yang boleh Ibu ayah muat turun untuk menghalang cahaya biru. Kebanyakan paparan skrin menggunakan warna asas RGB Red-Green-Blue (merah hijau biru), dan warna biru ini amat bahaya untuk mata jika terdedah terlalu lama.

Kebiasaan cahaya matahari juga mempunyai warna biru semulajadi tetapi tidak sekuat paparan skrin gadjet yang warna biru (frekuansi rendah, bertenaga tinggi) yang dikeluarkan gadjet amat membahayakan mata jika terlalu lama. Cahaya biru pada paparan skrin dapat dihilangkan dengan aplikasi tertentu, namun warna akan berubah menjadi oren suam tanpa warna biru skrin.

Antara aplikasi mudah hilangkan warna biru pada paparan skrin:

  1. Untuk telefon pintar Android Penapis Cahaya Biru (Blue Light Filter)
  2. Untuk komputer dekstop Iris Mini Blue Light Filter atau Windows 10 sudahpun lengkap mempunyai Blue Light Filter Windows 10 hanya tinggal aktifkan sahaja

 

Kesimpulan

Penggunaan gadjet berlebihan oleh anak akan menyebabkan mata kering, rabun jauh, dan kerosakan pada saraf mata retina. Langkah berjaga perlu diambil Ibu ayah untuk mengawal dan mengajar anak cara penggunaan gadjet yang  betul.

Antaranya Ibu ayah perlulah kawal tempoh penggunaan gadjet anak, banyakkan aktiviti luar bersama anak, jarakkan penglihatan mata anak dengan paparan skrin gadjet juga TV, dan sangat baik juga jika ibu ayah hantar anak berjumpa optometrist lakukan pemeriksaan tahunan mata.

Semoga ilmu dikongsikan Bahaya Gadjet pada Mata anak bermanfaat buat kita semua. Tinggalkan komen jika masih ada soalan yang belum terjawab. Nantikan artikel kami seterusnya bahaya gadjet dalam siri seterusnya.

 

Pautan link : Facebook

2 thoughts on “Bahaya gadjet pada mata anak

Tinggalkan komen anda

×