Cara mengawal amukan tantrum anak dengan betul

Cara mengawal amukan tantrum anak dengan betul

Jika ibu ayah bagi apa yang anak nak sebagai cara untuk hentikan anak yang sedang mengamuk.. Awas kesan buruk jangka masa panjang adalah anak akan jadi lagi aggresive dan sukar dikawal.

Cara mengawal amukan anak di rumah dan juga di tempat awam

 

Cara mengawal amukan tantrum anak dengan betul

Cara mengawal amukan anak di rumah

Cara yang terbaik untuk mengawal amukan anak (di rumah) adalah “ABAIKAN“.

Tapi pastikan:

✅ Ibu ayah tenang
✅ Asingkan anak
✅ Persekitaran selamat untuk tinggalkan anak buat sementara

Dan JANGAN buat perkara berikut:

❌ Jangan beri sebarang tindak balas
❌ Jangan pandang anak
❌ Jangan hukum anak
❌ Jangan beri ganjaran

🔅Bila anak dah kembali tenang, bercakap dengan anak mengenai kelakuannya 🔅

Teknik ini sangat berkesan untuk bagi peluang anak belajar cara untuk kendalikan emosi diri sendiri.

Bagaimana pula situasi di kawasan awam anak mengamuk pula? Baca lagi seterusnya jika anak mengamuk di tempat awam, luar rumah.

Cara mengatasi amukan anak di tempat awam luar rumah

Rumah adalah first step untuk anak sebelum di bawa ke luar.. “mendengar arahan & mengikut arahan” adalah sesuatu yang sangat penting..

Preparation itu penting.. 😊😊 jika di rumah okay, in sha allah di luar pun okay.. pernah dengar kata² “segalanya bermula dari rumah?”

Pernah dengar tak, “anak boleh dengar arahan cikgu, duduk diam je.. tetapi dengan IbuAyah kurang, taknak ikut pun apa yang IbuAyah cakap”..??

Jika perkara itu terjadi, maknanya, anak telah pandai manipulasi IbuAyah tetapi tidak menjadi dengan cikgunya

ANAK MEMANG BIJAK daripada apa yang kita sangka

Pernah dengar tak mengenai anak mengamuk mahukan sesuatu dengan orang yang tidak dikenali tanpa kehadiran IbuAyah??

Jika ada, mesti IbuAyah ada di situ juga kan? Sebab mereka ada orang (IbuAyah) yang diharapkan untuk mendapatkan ‘sesuatu’ barang tu..

Anak² tidak tahu bagaimana untuk manipulasi orang tidak kenali, sebab mereka tidak kenal hati budi orang tersebut..

Dapat tak ideanya di sini? ☺️

Semuanya bergantung kepada teknik. Berikut kami senaraikan teknik yang ibu ayah boleh cuba pada anak mengamuk di tempat awam:

Cara mengatasi amukan anak di tempat awam luar rumah

  1. Explain pada anak apa yang mereka perlu patuhi sebelum di bawa ke sesuatu tempat
  2. Jika anak buat hal, bagi amaran terlebih dahulu max sebanyak 3 kali, tarik tangannya sedikit bagi anak rasa /sedar. Guna ekspresi muka marah..
  3. Jika masih buat hal, angkat dan asing anak contoh: bila di shopping mall terus bawa masuk kereta..
  4. Jika anak diam, bawa masuk semula dalam mall.. jika dia masih membuat perkara yang sama, IbuAyah ulang lagi step tadi.. sehinggalah anak² faham..

P/s: kami faham mula² memang akan rasa susah sedikit.. tetapi jika betul² buat… Really really really worth it..!! 👍👍👍

Jika kita ikutkan cara anak, anak akan buat perkara yang sama.. jika seseorang dah tahu bagaimana untuk “twist/tune” orang lain, dia akan guna cara tu.. betul tak?

IbuAyah yang perlu corakkan anak, bukannya IbuAyah yang terkejar-kejar ikut rentak behavior anak.. tapi kena ingat, segalanya perlu dinilai semula.. bergantung kepada setiap anak..

Lain anak, lain perangainya, lain caranya.. 😊😊

Anak² suka test orang lain.. jika mereka berjaya tune/twist orang tersebut, mereka akan lakukannya..

Cuba try tips ini dan lihat sendiri perubahan yang akan berlaku pada diri anak anda.

Selamat mencuba🤗

Semasa anak masih kecil, setiap kali sebelum keluar rumah walaupun untuk pulang ke kampung, breefing dulu anak. Apa yang boleh dan apa yang tidak boleh. Biasanya bila berlaku di luar jangkaan, hanya cakap jom balik. So secara automatik dia akan ubah perlakuannya. Dan pegang tangan anak supaya dia tenang dan flashback apa yang kita telah beritahu sebelum keluar. Insya Allah anak ok.

 

Pautan link : Facebook


Tinggalkan komen anda

×