Kurang keyakinan diri pada anak (tahap persekolahan) – Part 1

Pernah tak anak koyakkan buku sekolah?

Ada tak anak menangis masa buat kerja sekolah?

Ada tak bila ajak buat kerja sekolah bersama2, tapi ada je alasan nak mengelak?

Ataupun tak pernah buat kerja sekolah bersama2 dengan anak?

Semuanya ada sebab, betul tak?

Berdasarkan status/post sebelum ini, admin ada kata ramai anak2 buat terapi berumur 10 tahun, melibatkan keyakinan diri..

Bila kami bertanya pada anak², ada antara mereka mengatakan,
“MAK ASYIK MARAH”.. “AYAH ASYIK MARAH”.. “CIKGU MARAH”.. “SUSAH”.. “TAK FAHAM”..
===============================================

Kurang keyakinan diri pada anak (tahap persekolahan)

Bila umur anak 10 tahun, kehidupan mereka lebih ke arah akademik.
dari pagi, sehinggalah petang.. semuanya mengenai subjek pembelajaran.. malam pula, dengan tuisyennya lagi..

ANAK PUN TAHU STRESS

Bukan kita yang dewasa je tahu stress.. cuma mereka stress pada hal lain.. dan perlu tanya mereka.. sama ada di sekolah ataupun di rumah..

Memanglah kita lihat mereka seronok je, sebab itu lumrah anak2 untuk bermain..

Tak salah nak sibukkan anak dengan semua benda tu, tapi kita kena tahu bagaimana hendak “counter-back” jika ada masalah..

CUBA SEMAK SEMULA CARA KITA DENGAN ANAK APABILA DI RUMAH:

Ketika anak sedang melakukan kerja sekolah, bila anak tak tahu dan CUBA BANYAK KALI, tapi masih tidak dapat.. apa respon kita?

ada tak cakap..

  • “haaaiissshhh” -mengeluh
  • “dah ajar banyak kali pun tak dapat ke?!” -dengan nada marah..
  • “tak reti reti dia ni”
  • “malas lah ibu, pergi tanya ayah” atau
  • “malas lah ayah, pergi tanya ibu”

Kadang2 tu, anak nak tanya pun kena marah..

Kat sekolah?? Belum tahu lagi..

mungkin anak:

  • kena ejek
  • tak ada kawan
  • cikgu pun marah²

Anak perlukan perhatian daripada Ibu Ayah mereka sebab Ibu Ayah lah tempat sebenar untuk mereka mendapatkan pertolongan dan sokongan yang bagus disebabkan dunia luar sangat mencabar.

Jika saat mereka ingin mencuba, dan IbuAyah menggunakan pendekatan yang salah…. Amatlah RUGI..

Waktu itu lah sepatutnya perhatian yang penuh diberikan kepada anak..
Dan waktu itu juga boleh dijadikan “Quality Time” bersama anak..

Jika kita berada di tempat mereka, apa kita rasa??
+ _________
+ _________
Jika bos asyik nak marah je… tak beri perhatian atas usaha kita, apa kita rasa??

Mahu ajak berbincang pun, taknak dengar pendapat kita??

Stress kan?? Rasa down kan?? nak datang office pun berat je.. Nak tukar tempat kerja lain..

Jadi, untuk anak, kita lebih banyak membangunkan.. atau.. merendahkan anak??

Anak perlukan perhatian daripada Ibu Ayah mereka sebab Ibu Ayah lah tempat sebenar untuk mereka mendapatkan pertolongan dan sokongan yang bagus disebabkan dunia luar sangat mencabar..

Dan sebagai orang dewasa, mereka mengharapkan petunjuk dan panduan dari kita.. cuma, caranya perlulah pada situasi dan waktu yang tepat..

Kalau Ibu Ayah sendiri pun mengalah dengan anak.. siapa lagi nak tolong?? kawan mereka? cikgu? belum tentu lagi..

Jangan kita fikir anak² tidak pandai atau malas semata²

👍Cuba tanya mereka jika mereka ada masalah..
👍Boleh tegur mereka tapi bukan dengan cara memperlekeh..
👍Jangan mengeluh depan mereka (seolah² kita tidak ikhlas dan membuatkan mereka rasa membebankan IbuAyah)..
👍Puji mereka jika mereka berjaya menyelesaikan sesuatu..
👍Slow talk dengan mereka..
👍Ambil masa sedikit untuk anak..
👍Bantu mereka buat kerja sekolah..
👍Gunakan teknik “reward & punishment” mengikut keadaan yang betul..

*Kemungkinan masalah lain berkaitan pembelajaran:

  • Dyslexia (membaca)
  • Dyscalculia (mengira)
  • Dysgraphia (menulis)
  • Dyspraxia (movement & coordination) – motor halus/kasar
  • Aphasia/Dysphasia (pemahaman bahasa dan komunikasi)
  • Penglihatan
  • Pendengaran
  • Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD)
  • Autisme

Pautan Link : Facebook

Tinggalkan komen anda

×