Melatih kemahiran anak merangkak dan berjalan (Case Review)

langkah anak merangkak berjalan

langkah anak merangkak berjalan

Melatih kemahiran anak merangkak dan berjalan (Case Review)

Ada Ibu Ayah datang ke center, apa yang dia katakan adalah anaknya 1 tahun 11 bulan:

  • Berjalan menggunakan walker
  • Berjalan dengan sokongan
  • Berdiri dengan sokongan
  • Berdiri tanpa sokongan hanya 2 saat
  • Tidak mampu merangkak
  • Tidak boleh baring kepada duduk
  • Tidak boleh duduk tanpa sokongan
  • Tidak mampu berjalan tanpa sokongan

Ingat ya, umur anak ini : 1 Tahun 11 Bulan

Kehendak Ibu Ayah adalah berharap anaknya mampu berjalan

Soalan:

1️⃣ Adakah kita boleh teruskan aktiviti berjalan dengan mengabaikan “merangkak” si anak disebabkan dia sudah ada tanda² untuk berjalan?

2️⃣ Apakah kesannya jika tidak melatih kemahiran merangkak?

Jenis² reflex yang diperlukan anak².. untuk membesar.. skill² yang kebiasaanya dipelajari secara spontan oleh anak² sewaktu membesar..

1. Adakah kita boleh teruskan aktiviti berjalan dengan mengabaikan “merangkak” si anak disebabkan dia sudah ada tanda² untuk berjalan?

Boleh teruskan dengan aktiviti berjalan.. 👍🏼

Tetapi, perlu disemak semula bagaimana tahap dan proses ketika membuat aktiviti berjalan..

Adakah terlalu sukar untuk anak itu berlatih?

Dah berlatih lama masih tak dapat lagi untuk berjalan?

Jika keadaan ini terjadi, OT akan menilai dan kemungkinan akan “downgrade” semula aktiviti kepada aktiviti merangkak supaya dia mendapat “skill” yang diperlukan sebagai persediaan untuk berjalan..

Kebiasaannya anak akan merangkak sebelum dapat berjalan (normal developmental) dan merangkak juga sebagai asas untuk berjalan..

Analoginya:

  • 👉🏻”skill” asas pun belum dapat, bagaimana hendak pergi yang lebih advance?
  • 👉🏻Lompat chapter ketika membaca buku, akhirnya terpaksa patah balik ke chapter yang sebelumnya untuk memahami cerita… – selalu terjadi kikiikiki..

Tetapi, semua itu bergantung kepada diri anak juga bagaimana minda dan badan anak bekerja untuk belajar sesuatu pergerakan..

Antara komponen yang perlu disemak untuk persediaan berdiri dan berjalan adalah:

  1. 🌟kekuatan otot leher, belakang, tangan dan kaki
  2. 🌟koordinasi yang bagus
  3. 🌟keseimbangan
  4. 🌟Visual-motor skill (penglihatan & pergerakan
  5. 🌟Keyakinan diri

Anak² kecil pun kita perlu lihat tahap keyakinan mereka tau… 😉😉

+ ____________ (senaraikan)
+ ____________
+ ____________

 

2. Apakah kesannya jika tidak melatih kemahiran merangkak?

Sebelum itu, apa kelebihannya pergerakan merangkak ni?

Kelebihan merangkak adalah:

1. 🌟FIZIKAL

Meningkatkan kemahiran motor halus, motor kasar, keseimbangan, koordinasi mata dan tangan (eye-hand coordination), dan kekuatan otot² badan

Berguna untuk menulis, membutang baju, ikat tali kasut, melompat, berlari, menaiki basikal, bermain bola sepak… Dan lain-lain…

2. 🌟KEFAHAMAN KONSEP RUANG dan VISUAL (visuo-spatial conceptual)

Merangkak adalah tahap di mana anak sudah mula untuk bergerak ke suatu tempat dan menjelajah ruang di sekelilingnya.. kefahaman konsep ruang dan kedudukan objek disekelilingnya..

Terlibat juga dengan kemahiran menyelesaikan masalah (problem solving).. anak akan cenderung untuk berfikir:

Bagaimana untuk mengambil sesuatu objek..

Berapa jauh anak perlu bergerak ke suatu tempat..

Bagaimana untuk merentasi halangan² seperti mainan, perabot, orang dan sebagainya..

Apabila membesar nanti, sesuai untuk melangkah longkang, mengelak atau melepasi halangan bahaya…

3. 🌟KOORDINASI OTAK KIRI DAN KANAN

Seperti yang kita tahu, otak kiri dan kanan mempunyai fungsi yang berbeza..

Melalui merangkak, anak akan menggunakan pergerakan secara bersilang seperti [tangan kanan — kaki kiri] dan [tangan kiri — kaki kanan] secara serentak..

Pergerakan itu juga digunakan dalam aktiviti Brain-Gym di mana sesuai untuk fokus dan melakukan pelbagai aktiviti dalam satu masa seperti menari, menyanyi sambil meniru pergerakan guru di hadapan..

Jika kemahiran seperti dinyatakan dalam seperti di atas tiada pada anak ketika umurnya di tadika mahupun sekolah, kita boleh agak di mana puncanya..

Dan jika tidak dilatih untuk merangkak, anak akan CENDERUNG (bukan 100%) untuk tidak dapat belajar kemahiran seperti yang dinyatakan..

Konklusinya di sini, boleh ke ‘skip’ merangkak??

Boleh.. tetapi tidak digalakkan dan ada risikonya yang perlu berjaga².. masih perlu pantau juga anak² kita.. Sesetengah anak akan belajar sendiri kemahiran dan kelebihan yang diperlukan ketika merangkak sepanjang proses tumbesaran.. Mungkin daripada permainan, situasi dan persekitaran..

Setiap yang berlaku ada risikonya.. betul tak? 😉😉

Jadi, setiap reaksi dan respon anak, perlu dipantau oleh IbuAyah.. Perlu mencari punca masalah dan rawat.. 😊😊😊

Nota tambahan:

Dalam setiap perkembangan, sistem keseimbangan badan adalah berlainan mengikut pergerakan spesifik yang perlu dilakukan (Adolph, Berger & Leo, 2011)..

Jika ada pandangan dan pendapat yang lain.. boleh bincang di bahagian komen ya..
Bincang mengenai ilmu adalah lebih baik.. 🤗🤗

Sumber:
https://ilslearningcorner.com/why-babies-should-never-skip-the-crawling-phase

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3050596/

https://www.kidspot.com.au/baby/baby-development/milestones/six-reasons-why-crawling-is-important

Pautan link : Facebook

Tinggalkan komen anda

×