“Perbanyaklah kamu mencium anak cucumu karena imbalan dari setiap ciuman adalah surga.”

(HR. Bukhari)

Setiap anak perlukan kasih sayang dari ibubapanya. Mengapa hari ini kita dapat lihat anak-anak remaja yang bermasalah berpunca dari kurangnya perhatian sayang dari ibubapanya. Pernah sekali apabila sesi temuduga bersama anak yang bermasalah ini, setelah ditunjukkan satu klip video berkaitan keluarga bahagia, beliau menangis dan berkata “Saya tidak pernah terima dan rasa sayang dari ibubapa saya”. Mengapa ini boleh berlaku?

“Saya tidak pernah terima dan rasa sayang dari ibubapa saya” – luahan hati anak bermasalah

Ibubapalah yang mencorak perilaku anak-anak. Kadang kita tidak sedar yang kita terlalu sibuk dengan kerja sehingga anak-anak terabai. Elakkan apabila pulang ke rumah dengan muka yang masam apatah lagi dengan marah apabila keadaan kurang menyenangkan seperti rumah bersepah. INGAT, anda mencorakkan PERILAKU anak anda.

Ibubapa perlu memberikan suasana ketenangan dan sayang agar perkembangan emosi anak terjaga. Ini juga penting untuk membentuk pergaulan yang sihat antara rakan-rakannya kerana bagaimana mereka bergaul dengan kita, begitulah cara mereka bergaul dengan rakannya/guru di sekolah. Dan guru di sekolah tentu akan rujuk kepada kita ibubapa apabila anak mula membuat masalah. Masalah ini dapat diselesaikan jika ibubapa memberi perhatian kepada anak dan memberi kasih sayang yang sebenarnya.

Salah satu cara untuk kita  lahirkan rasa kasih dalam diri anak-anak adalah melalui percakapan,  sentuhan (pelokan), dan juga ciuman. Mengikut psikologi Islam, anak yang sihat emosi, jasmani, serta rohani bermula dari pergaulan dengan ibubapanya.

Teringat pesan Baginda Rasulullah SAW:

“Setiap anak yang dilahirkan itu adalah umpama kain putih (fitrah), ibu bapalah yang bertanggungjawab mewarnakan dan mencorakkannya, sama ada menjadi Yahudi, Nasrani dan Majusi”

Berikut kami senaraikan cara untuk anda lahirkan rasa kasih dalam diri anak-anak

CIUMAN KASIH SAYANG

  1. Di ubun-ubun
    Menunjukkan kebanggaan orang tua terhadap anak sambil didoakan agar menjadi anak soleh/sholehah, amin.
  2. Di dahi
    Menandakan orangtua ridha atas keberadaan anak. Rasulullah s.a.w mencium Fatimah r.a di dahinya.
  3. Di kedua pipi
    Sambil mengucap Masya Allah, sebagai tanda syauq (perasaan sayang dan rindu) orangtua terhadap anak.
  4. Di tangan anak
    Tanda mawaddah wa hubb ( Kasih sayang ) sambil mengucap barakallah, sebagaimana Rasulullah s.a.w juga selalu mencium tangan putri tercinta : Fatimah r.a.

SENTUHAN SAYANG

  1. Menggosok belakang kepala anak, sebagai tanda kasih sayang dan perlindungan.
  2. Menggosok atas kepala atau ubun-ubun, menunjukkan kebanggaan orangtua terhadap anak.
  3. Mengusap dahi, sebagai tanda syauq (perasaan sayang dan rindu) terhadap anak.
  4. Kedua pipi, juga tanda mawaddah wa hubb (kasih sayang)
  5. Memegang kedua tangan, untuk menenangkan anak ketika perasaannya tampak kacau atau bingung.

Perhatian:
Usaplah dada anak sambil istighfar saat ia menunjukkan kecenderungan berbuat salah atau sedang marah, untuk menenangkannya. Lakukan tindakan mawaddah warohmah ini diiringi kalimat-kalimat thoyyibah.

Tinggalkan komen anda

×