Program MegaSihat : Sesi Ceramah “Mengenal pasti anak normal & bermasalah” di SK Kebangsaan Sg Sireh , Tanjung Karang

Senarai penuh acara & program boleh lihat di sini Daftar Acara

Sharing session mengenalpasti anak-anak normal dan bermasalah bersama ibubapa Tahap 1 yang mempunyai anak tahap 1 yg normal, istimewa dan bekeperluan khas yang dikendalikan oleh Perintis dengan kerjasama Alumni FSK dari Thera Quest Kiz Center.

Sesi ceramah berlangsung di SK Kebangsaan Sg Sireh , Tanjung Karang pada 8/11/2018.

Di dalam Program MegaSihat ini, semua Perintis terlibat dalam mengendalikan:

1. SLOT MAHASISWA PENYAYANG, bilamana seawal jam 6.45 pagi lagi, mereka ditugaskan untuk menyambut ketibaan murid-murid sekolah di pintu utama sekolah bagi mengalu-alukan dan menghargai murid-murid yang hadir ke sekolah. Slot ini juga melibatkan kerjasama kumpulan GURU-GURU PENYAYANG SKSS.

2. SENAM SIHAT BESTARI , yang dikelolakan oleh Perintis Syamin dan rakan perintis yang lain selama 45 minit.

3. PERTANDINGAN MEWARNA DAN MELUKIS POSTER SIHAT yang dikendalikan oleh Ketua Perintis Nur Kamila dan rakan perintis selama 2 jam.

4. PENDIDIKAN KESIHATAN ASAS oleh semua Perintis yang mana semua perintis dikehendaki mengendalikan slot kesihatan asas seperti Gigi, Kutu, Kanak-kanak PRA dan Khas, Telinga, Mata, Buah-Buahan dan Sayuran kepada murid-murid Tahap 1.

5. PENDIDIKAN AWAL REMAJA oleh penceramah jemputan dari PPUiTM, FSK dan MatE UiTM.

6. SHARING SESSION MENGENALPASTI ANAK-ANAK NORMAL DAN BERMASALAH bersama ibubapa Tahap 1 yang mempunyai anak tahap 1 yang normal, istimewa dan berkeperluan khas yang dikendalikan oleh Perintis dengan kerjasama Alumni FSK dari Thera Quest Kidz Center.

Dapatan yang diperolehi dr tugasan ini akhirnya dibentangkan semula pada sebelah malam oleh semua Perintis yg terlibat bagi mengulas “ISU, PENYELESAIAN, PENGAJARAN, DAN KESIMPULAN” dari tugasan yg telah dilakukan.

Alhamdulillah, semua tugasan MegaSihat dapat laksanakan dengan baik oleh semua perintis yang terlibat.

Terima kasih dan tahniah kepada semua perintis dan pihak sekolah yang memberikan kerjasama padu sepanjang tugasan ini dijalankan.


Tinggalkan komen anda

×