Teknik mengatasi amukan-tantrum anak dengan positif

ANAK MENGAMUK apa nak buat??

Apabila anak mengamuk selalunya apa yang terjadi adalah kita jadi panik. Jikalau boleh reaksi kita nak bagi stop terus amukan anak. Antara faktor yang mendorong ibu ayah segera hentikan amukan anak adalah kerana:

  1. Rasa terganggu dengan bunyi bising tangisan anak
  2. Geram dengan tindakan anak yang melawan cakap
  3. Penat melayan kerenah anak
  4. dan yang paling penting kalau dekat luar malu jika ada orang lain yang nampak

Situasi ini akan menyebabkan kebanyakkan ibu ayah terus bagi apa yang anak mintak asalkan amukan tadi boleh dihentikan dengan serta merta. Ya, betul amukan anak dapat dihentikan pada waktu itu. TETAPI amukan anak akan muncul kembali apabila kita tidak lagi ikut keinginan dia sebelumnya. Jadi dimana penyelesaiannya?

Beri peluang untuk anak habiskan tenaga dia dulu. Biarkan seketika. Beri anak rasa ketidak selesaan diri sendiri. Ini adalah pembelajaran untuk bagi badan dia rasa bila masa untuk berhenti bila badan dah penat & tidak selesa.

Apabila anak mula mengamuk, reaksi ibu ayah adalah untuk penuhi keinginan anak dengan harapan cara ini anak akan berhenti amukannya, namun ini hanya sementara dan esoknya kejadian yang sama akan berlaku semula amukannya. Situasi yang berterusan untuk jangka masa yang tidak dapat dikenal pasti bila akan baik. Hal ini juga akan menyebabkan ibu ayah akan menjadi stress kerana amukan anak berulang serta masalah yang tidak pernah selesai.

Analogi untuk situasi ini samalah seperti seorang yang tidak pandai berenang, apabila terjatuh dalam air akan menjadi sangat panik, meronta-ronta untuk menyelamatkan diri. Anda langsung tidak dapat nak fikir apa-apa kerana mentally block dan terlalu panik. Jika ada orang yang datang untuk selamatkan, kita akan terus meronta-ronta sehinggakan orang yang ingin menyelamatkan kita akan kehabisan tenaga untuk menarik kita ke tempat yg selamat.

Ha. Situasinya adalah sama apabila anak mengamuk. Jika kita marah dan menyuruh anak berhenti mengamuk pada masa itu hanya akan menyebabkan situasi lagi tegang. Kedua-duanya akan lemas nanti apabila kehabisan tenaga. Jadi masalah masih tidak akan selesai.

Apa yang perlu kita buat adalah untuk bagi peluang kepada anak habiskan tenaga dia dulu. Sebagai contoh apabila anak menangis kelamaan badannya akan jadi penat (ada juga yang sampai termuntah, batuk2 dan sebagainya. biarkan seketika). Ibu ayah jangan cepat panik. Beri anak untuk rasa ketidak selesaan pada diri sendiri. Ini adalah pembelajaran bagi badan anak untuk rasa bila masa untuk berhenti rehat bila badan dah penat dan tidak selesa. Berapa lama tempoh adalah bergantung kepada keupayaan badan anak masing-masing.

Setelah keadaan telah reda sedikit barulah ibu ayah boleh mengambil peranan sama ada untuk terangkan balik apa yang ibu ayah tidak suka untuk amukan itu. Marah bukan sebab tak sayang tetapi lebih kepada tegas untuk memberikan pembelajaran kepada anak2.

Marah bukan sebab tak sayang, tetapi lebih kepada tegas untuk memberikan pembelajaran kepada anak2 dan haruslah kena pada masanya apabila anak sudah reda dari amukan-tantrumnya.

Situasi yang sama apabila orang yang tidak pandai berenang kehabisan tenaga meronta-ronta dalam air dan hampir lemas, barulah penyelamat senang untuk tarik mangsa ke tempat yang lebih selamat. Walaubagaimanapun teknik yang sesuai perlu digunakan untuk mendapatkan respon yang positif. Teknik ini perlu dipelajari dengan orang yang lebih pakar. Di Thera Quest kami melatih ibu ayah mengenai cara-cara yang sesuai untuk menangani masalah anak. Ada pelbagai teknik yang boleh diguna pakai. Yang penting perlu dipraktiskan dahulu dengan kemahiran/cara yang betul. Samalah untuk penyelamat yang ingin menyelamatkan orang yang lemas perlulah mempunyai skill berenang supaya tidak lemas bersama-sama orang yang ingin diselamatkan.

Jika ada sebarang soalan boleh hubungi kami berkaitan masalah anak anda:

Pusat Terapi Kanak-kanak,
Thera Quest Kidz Center,
No.34-1, Jalan Bidara 9/2, Saujana Utama 3,
47000, Sungai Buloh, Selangor.

“Seeking & Giving the Greatest Good”

Lokasi Kedai:

Tinggalkan komen anda

×