Testimoni : Anak lebih tenang, kurang mengamuk, dan mula fokus dalam kelas


Anak lebih tenang selepas melakukan urutan & menggunakan berus thera. Ibubapa lebih positif dalam mengawal emosi jika anak tantrum.
– Ibu Huzaifah

Sebelum Rawatan

Anak kurang fokus dan perhatian diberi sangat kurang (5 minit sudah ke lain), sangat hyperaktif dan kuat mengamuk. Anak sukar untuk ikut arahan.

Anak agak kuat mengamuk apabila tidak dapat barang yang diminta ketika di supermarket/mall seperti coklat atau barang mainan kesukaannya. Ibubapa terpaksa beli/beri apa anak ingin untuk diamkan anak.

Kami juga mendapati anak sangat cepat bosan untuk main satu mainan dan juga sangat sukar untuk duduk diam (anak tidak tenang). Perhatian diberi anak juga sangat kurang (kurang 5 minit) terhadap satu aktiviti seperti mendengar atau membuat apa yang disuruh.

Setelah menjalani Rawatan Terapi


Anak kini sudah kurang mengamuk & sudah boleh dengar arahan dengan baik. Fokus pada satu aktiviti sudah makin bertambah baik dalam 15-20 minit.

Setelah terapi dan latihan diberi untuk tenangkan anak, kini anak sudah tidak mengamuk dan sudah boleh dengar arahan ibubapa. Di sekolah juga anak sudah boleh dengar apa cikgu cakap dan sudah mula boleh fokus dalam kelas yang ketika dahulunya anak cepat bosan.

Kami juga mendapati perhatian diberi anak semakin baik dan juga sudah kurang mengamuk. Teknik terapi digunakan untuk ajar anak berfikir dan agar anak tidak menggunakan emosi untuk mendapatkan sesuatu barang. Anak kini lebih tenang, kurang mengamuk, dan sudah mampu mendengar arahan ibubapa dengan baik.

Jika ada sebarang soalan boleh hubungi kami berkaitan masalah anak anda:

Pusat Terapi Kanak-kanak,
Thera Quest Kidz Center,
No.34-1, Jalan Bidara 9/2, Saujana Utama 3,
47000, Sungai Buloh, Selangor.

“Seeking & Giving the Greatest Good”

Lokasi Kedai:

Tinggalkan komen anda

×