Testimoni : Anak sudah boleh berjalan dan berlari yang sebelum ini hanya 2-3 step berjalan

“Sebagai Ibubapa, kami mendapat penerangan yang baik tentang masalah flat foot yang mana kami tidak pernah mengetahui tentang masalah ini. Kami mendapati hasil daripada pusat terapi ini yang sangat memuaskan dan berkesan”
– IbuAyah kepada Sha

Sebelum Rawatan

Anak mempunyai masalah kaki flat foot (talipes valgus) yang menyebabkan anak lambat berjalan kerana kaki dan badan menjadi tidak seimbang ketika berjalan.

Satu hari, Sha (bukan nama sebenar) datang ke Thera Quest Kidz Center. Ibu Ayahnya mengadu anak hanya boleh berjalan 2-3 langkah sahaja dan kerap jatuh. Sha berusia 2 tahun 6 bulan. Walaupun telah dirujuk ke beberapa tempat yang lain, ibu dan ayahnya masih tidak mengetahui punca sebenar masalah tersebut.

Selepas sesi penilaian, didapati anak ada masalah kaki flat foot (talipes valgus -seperti dalam gambar) dan simptom kaki flat foot itu juga menyebabkan anak lambat berjalan kerana kaki dan badan menjadi tidak seimbang ketika berjalan. Ibu Ayahnya tidak sedar akan keadaan struktur kaki anak kerana tidak tahu dan kurang pendedahan terhadap isu kaki flat foot.

Selain itu, apabila melakukan aktiviti, Sha akan menangis (kerana masalah sensory & behaviour) dan cara bermain hanyalah dengan cara membaling barang mainan.

Setelah menjalani Rawatan Terapi


Kini Sha sudah mampu berjalan dengan baik dan berlari tanpa masalah keseimbangan.

Setelah menjalani rawatan terapi secara intensif dan berperingkat bersama kami, kini Sha sudah mampu berjalan dengan baik dan mampu berlari. Melalui teknik terapi yang telah diaplikasikan, kini Sha juga dapat membiasakan diri untuk berjalan tanpa masalah keseimbangan.

Perubahan ketara dapat dilihat bila Sha semakin seronok berjalan ke sana ke sini, dan yang paling bagus, boleh berlari. Pemahaman terhadap cara untuk bermain semakin meningkat. Barang mainan sudah tidak lagi dicampak merata apabila bermain.

IbuAyah juga memperoleh ilmu yang diperlukan untuk anak dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian supaya anak menjadi lebih bagus dalam setiap kemahiran yang diperlukan. Paling penting adalah kerjasama dan kerajinan IbuAyah dalam mengaplikasikan teknik terapi di rumah.

Semoga anak ini dapat bermain dan kenal dunia persekitaran yang menjadi proses pembelajaran yang penting dalam hidup seharian seperti kanak-kanak yang lain.

Jika ada sebarang soalan boleh hubungi kami berkaitan masalah anak anda:

Pusat Terapi Kanak-kanak,
Thera Quest Kidz Center,
No.34-1, Jalan Bidara 9/2, Saujana Utama 3,
47000, Sungai Buloh, Selangor.

“Seeking & Giving the Greatest Good”

Lokasi Kedai:

Tinggalkan komen anda

×