Testimoni : Kesukaran untuk menulis & kurang fokus

“Anak sudah ada peningkatan dari segi fokus dalam melakukan table-top aktiviti.”
– Tuan Iqi

Sebelum Rawatan

Anak menunjukkan kesukaran untuk menulis, tidak suka buat aktiviti atas meja (table-top). Selalunya aktiviti anak fokus hanya/kurang 10 minit.

Ketika sesi penilaian di pusat terapi, didapati anak lebih cenderung kepada aktiviti fizikal yang menyebabkan anak kurang fokus kepada benda yang anak kurang minat. Selain itu, kekuatan otot tangan anak juga agak lemah daripada anak-anak yang sebaya umurnya menyebabkan anak tidak larat untuk menulis terlalu lama. Apabila diminta untuk melakukan aktiviti mewarna dan menulis, tempoh yang anak dapat fokus adalah kurang daripada 10 minit.

Setelah menjalani Rawatan Terapi

Anak kini sudah ada penambahan dari aspek kekuatan tangan dan fokus. Sudah boleh terlibat dengan aktiviti menulis lebih dari 30 minit (yang sebelum ini hanya/kurang 10 minit). Anak sudah mula faham arahan untuk melakukan aktiviti dengan lebih teratur.

Setelah menjalani terapi, kemahiran anak untuk mengawal otot-otot pada bahagian tangan dan bahu semakin meningkat. Hasilnya anak semakin selesa untuk memegang pensel dalam melakukan aktiviti menulis dan mewarna untuk tempoh yang lebih lama.

Jika ada sebarang soalan boleh hubungi kami berkaitan masalah anak anda:

Pusat Terapi Kanak-kanak,
Thera Quest Kidz Center,
No.34-1, Jalan Bidara 9/2, Saujana Utama 3,
47000, Sungai Buloh, Selangor.

“Seeking & Giving the Greatest Good”

Lokasi Kedai:

Pautan link : Facebook

Sesi terakhir..😒😒

Terima kasih kepada Iqi sekeluarga kerana menjadi pelanggan kami.. 😊😊
Semoga menjadi anak yang berjaya suatu hari nanti..
Dan semoga family dalam keadaan yang baikΒ² selalu..

Feedback daripada ibubapa:
“Ada penambahan dari aspek kekuatan tangan dan fokus”..

😍😍😍😍😍😍😍

P/s: kami di Thera Quest bukan sahaja tumpu pada anak semataΒ², tetapi tumpu kepada ibu bapa juga..

Jumpa kami dan dapatkan FREE basic consultation untuk ‘membuka jalan’ persoalan anda mengenai anak..

Tinggalkan komen anda

×