Testimoni : Anak sudah pandai berdikari, mula bergaul dan beri perhatian sekelilingnya


Alhamdulillah lepas buat theraphy session dia banyak improve. Sekarang dia dah pandai minum susu sendiri semula. Dan sekarang panggil sekali pun dia dah toleh.
– Ibu Ani

Sebelum Rawatan

Anak tidak beri perhatian & kurang sedar (tak aware) dengan persekitarannya. Apabila dipanggil namanya tiada balasan diberi. Anak suka bermain berseorangan dan tiada interaksi sosial dengan kawan. Interaksi dengan parent juga sangat kurang

Ketika di rumah apabila diminta ambil barang, anak tidak toleh dan juga tiada response positif dari anak. Anak juga masih perlu dibantu untuk minum botol susu dan perlukan Ibunya di sisi untuk hulur dan beri pegang suapkan botol susu barulah anak mahu minum. Anak masih tidak mampu berdikari untuk minum botol susu sendiri. Kami juga dapati anak sangat kurang beri perhatian & kurang sedar (tak aware) dengan persekitaran dengan apa yang berlaku di sekelilingnya.

Setelah menjalani Rawatan Terapi


Sekarang apabila dipanggil nama anak sudah ada balasan (response) positif. Interaksi sosial dengan orang sekelilingnya semakin baik dan sudah mula beri perhatian dengan persekitarannya

Anak sudah boleh ambil barang apabila diminta Ibunya dan sudah ada balasan (response) positif. Anak juga sudah mula toleh pada panggilan ibunya apabila dipanggil nama. Kini anak sudah pandai minum susu sendiri tanpa ibu di sebelah dan sudah mampu berdikari sendiri tanpa bantuan orang lain.

Jika ada sebarang soalan boleh hubungi kami berkaitan masalah anak anda:

Pusat Terapi Kanak-kanak,
Thera Quest Kidz Center,
No.34-1, Jalan Bidara 9/2, Saujana Utama 3,
47000, Sungai Buloh, Selangor.

“Seeking & Giving the Greatest Good”

Lokasi Kedai:

Tinggalkan komen anda

×