Selamat menyambut ramadhan.

Semoga anak-anak dapat berpuasa dengan bantuan daripada Ibu Ayah 😊

Apabila tiba bulan puasa, pasti sukar untuk latih anak yang sudah sampai akil baliqh berpuasa. Tidak perlu risau kerana ia memang mengambil masa dan jika kena cara yang betul anak mampu lakukan ibadah puasa sehingga waktu berbuka.

Berikut adalah tip untuk didik anak berpuasa yang dikongsikan dari TheStar Healthy fasting for children. Setiap perkara baru yang anak lakukan perlulah Ibu ayah didik dengan perlahan dan berterusan kerana anak masih belum memahami sepenuhnya. Ia mengambil masa untuk badan anak membiasakan diri.

Tips kanak-kanak berpuasa

 

1. Bermula dengan perlahan dan berperingkat

Ajar anak berpuasa dengan cara yang sederhana. Tidak perlu untuk Ibu ayah memaksa anak berpuasa cara dewasa. Berikan keringanan bersahur lambat atau berbuka awal. Tujuan utama adalah untuk membiasakan badan anak terlebih dahulu dengan rutin puasa dan memberi pengalaman dan kefahaman apa itu puasa pada anak. Setelah itu barulah anak bersedia untuk berpuasa penuh dan sempurna.

2. Benarkan anak berbuka puasa awal jika kelihatan lesu

Sebagaimana di atas, badan anak masih baru membiasakan diri dengan puasa. Berikan keringanan untuk berbuka awal namun harus dinyatakan hanya untuk hari ini, esok anak boleh cuba lagi puasa penuh sehari.

Lakukan secara berperingkat dan perlahan untuk memotivasikan anak.

Mulakan dengan anak berpuasa sehingga pagi, kemudian sehingga ke zuhur, dan kemudian sehingga ke asar dan magribh untuk berbuka. Ini akan memberi semangat pada anak setiap hari untuk berpuasa penuh di akhirnya.

3. Pastikan anak bersahur

Bersahur sangat penting untuk membekalkan badan tenaga di siang hari sehingga waktu berbuka. Anak yang bersahur akan lebih bertenaga.

Berikan anak sahur yang penuh khasiat seperti protein dan karbohidrat serta mineral yang banyak dari sumber daging dan tumbuhan. Pelbagaikan sumber protein contohnya seperti keju,, tempe, tauhu dan susu.

Jika boleh sertakan buah-buahan seperti tembikai atau nenas untuk sumber vitamin, mineral juga buah segar berair untuk badan anak.

4. Elakkan makanan yang tinggi garam dan gula

Kandungan garam yang tinggi akan menyebabkan badan kehilangan air dengan cepat dan cepat dahaga. Manakala gula yang berlebihan akan membuat perut anak sentiasa rasa lapar. Cuba ubah diet anak dengan makanan yang kurang gula dan garam.

5. Elakkan anak terlebih makan

Elakkan anak makan terlalu banyak dalam satu masa. Cuba kuyrangkan atau cuba jarakkan masa makan anak. Makan terlalu banyak boleh menyebabkan perut kembung dan berangin.

6. Elakkan anak makan pedas

Makanan pedas akan menyebabkan perut berasid dan menambahkan kemungkinan anak untuk terkena gastrik.

7. Pelbagaikan tumbuhan atau sayuran pelbagai warna

Tambahkan lebih banyak makanan yang pelbagai kategori warna kerana ia mengandungi pelbagai mineral dan vitamin untuk badan anak.

Pautan link : Facebook

 

One thought on “Tips didik anak berpuasa

Tinggalkan komen anda

×